Thursday, October 9, 2008

Pemergian buat selama-lamanya....


Pemergian buat selama-lamanya (1936 – 2008)

27 Julai 2008, jam 4:15 petang. Mendiang Cikgu Tan telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Kesedihan yang kini masih terasa, air mata yang masih terlinang di mata menyenangkan Seniman Negara yang disegani dan disayangi…….

(Mendiang Tan dianugerahkan Seniman Negara dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 2008)

Pengasas Gendang 24 musim


Merekalah pengasas Gendang 24 musim…

En Tan Chai Pan (kiri) – penyajak dan budayawan yang terkenal

En Tan Hooi Song (kanan)– pendidik dan pemuzik yang disegani

Hari Ini Dalam Sejarah


Lahirnya Seni Baru…… 12 Jun 1988

Pembentukan pasukan gendang 24 musim yang PERTAMA di DUNIA!!!! iaitu Pasukan Gendang 24 Musim Sekolah Menengah Foon Yew.

Upacara perasmian ini dijalankan di Johor Bahru 'Old Chinese Temple' yang terletak di Jalan Trus. 12 orang ahli kaligrafi dari Malaysia dan Singapura dijemput untuk menuliskan 24 jie qi (perkataan Bahasa Cina)di tepi gendang yang melambangkan gabungan di antara seni tari, seni muzik dan seni tulis.


Kini, terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.

Friday, September 12, 2008

Lakaran pertama dalam Sejarah

Pada tahun 1988, Persatuan Tionghua Johor Bahru menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan mencetuskan idea untuk membentukkan sebuah ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Idea ini mendapat respon yang baik dari seorang guru muzik yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan Hooi Song. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Konsep 24 'Jie Qi'



立春 Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
雨水 Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
惊蛰 Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
春分 Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
清明 Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
谷雨 Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
立夏Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
小满 Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
芒种 Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
夏至 Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
小暑 Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
大暑 Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
立秋 Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
处暑 Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
立冬 Li Dong- bermulanya musim dingin (mulai 7 Nov)
小雪 Xiao Xue- salji kecil (mulai 22 Nov)
大雪 Da Xue- salji besar (mulai 7 Dis)
冬至 Dong Zhi- Solstis musim sejuk (mulai 21 Dis)
小寒 Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
大寒 Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)

Saturday, August 23, 2008

How big is the drum??


Hi there,
My name is Callista. Few weeks ago mum brought me to Foon Yew High School... There are so many big big drums!!!!
Oopppsss!!!! It's too heavy for me....

Master and jake


Bertemu bual dengan salah seorang pengasas Gendang 24 Musim iaitu penyajak dan budayawan Cina tempatan En Tan Chai Pan di Sekolah Menengah Foon Yew Johor Bahru..